KUCHING 24 Sept. – Sebuah blok rumah pekerja enam pintu di sebuah kilang di Jalan Semangat,

Bintawa di sini musnah sekelip mata dalam satu kebakaran petang ini.

Bagaimanapun tiada sebarang kecederaan dilaporkan dalam kejadian kira-kira pukul 1 petang itu.

Komander Operasi Balai Bomba Tabuan Jaya, Jemilan Kemis berkata, pihaknya menerima panggilan

kecemasan pada pukul 1.15 petang sebelum jentera pertama tiba di lokasi lima minit kemudian.

Menurutnya, sebaik tiba di tempat kejadian, api begitu marak dan bomba berjaya mengawal

kebakaran dalam tempoh lima minit.

“Operasi memadam kebakaran dilakukan dari sebelah kiri dan kanan kediaman pekerja yang

diperbuat daripada kayu itu bagi memastikan api tidak merebak ke rumah-rumah bersebelahan.

“Kita tidak menghadapi sebarang masalah memadam kebakaran dan bomba berjaya memadam api

sepenuhnya pada pukul 2.47 petang,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Dalam pada itu, sebanyak dua jentera terbabit dengan operasi memadam kebakaran itu iaitu Balai

Bomba Tabuan Jaya dan Bomba Kuching bersama 17 pegawai serta anggota.

Selain itu, operasi memadam kebakaran turut dibantu oleh tiga anggota daripada Unit Motosikal

Gerak Cepat (RIM).

Jemilan, punca kebakaran dan kerugian masih dalam sisatan pihak bomba.

“Hanya dua daripada enam pintu rumah terbabit yang didiami oleh pekerja di kilang tersebut malah

mereka dalam proses memindahkan operasi kilang,” ujarnya.

Sementara itu, seorang mangsa, Abdul Majid, 48, yang bekerja sebagai pemandu forklift di kilang

berkenaan memberitahu, dia tiada di tempat kejadian ketika kebakaran berlaku.

Menurutnya, selepas dimaklumkan mengenai kebakaran tersebut, dia bergegas pulang untuk melihat

keadaan, namun sebaik tiba di situ kesemuanya telah musnah.

“Semua harta benda termasuk dokumen peribadi tidak dapat diselamatkan kerana kebakaran begitu

cepat merebak,” katanya.

*Sponsored by PGX