Terdapat berbagai kaedah untuk memastikan hayat bateri laptop anda dapat digunakan semaksima mungkin.

Berikut adalah beberapa tip dari Laptop Logic untuk memanjangkan hayat bateri laptop anda.

  1. Kurangkan kadar kecerahan skrin laptop anda
  2. Hentikan Desktop background slideshow
  3. Tutup sebarang signal radio yang tidak perlu. Jika anda sedang membuat kerja dengan laptop anda menggunakan bateri laptop, elok anda tutup WiFi jika tidak menggunakan internet ketika itu. Jika anda bukan sedang menyelaraskan apa-apa gadjet dengan laptop anda ketika itu, elok tutup Bluetooth anda juga!
  4. Jalankan satu aplikasi sahaja pada satu-satu masa.
  5. Hentikan program latar. Sila lihat disini program-program latar yang selamat untuk dihentikan.
  6. Hentikan Outlook Automatic Send/Receive
  7. Defrag hard disk anda!
  8. Pastikan tiada sebarang cakera media di dalam pemacu cakera anda ketika anda sedang menggunakan laptop.
  9. Pilih hibernate bukan sleep kerana bila hibernate maklumat keadaan laptop anda masa itu akan tersimpan pada hard disk dan komputer anda akan ditutup sepenuhnya, berbeza dengan memilih sleep kerana kaedah ini masih menggunakan kuasa bateri!
  10. Jaga dengan baik bateri anda. Jika anda bercadang untuk menggunakan AC seeloknya anda buka bateri terlebih dahulu dan simpan di tempat yang kering.