Penyanyi amerika menggunakan surah Al-Fatihah sebagai suara latar dalam nyanyiannya. Inilah siri penghinaan terhadap ayat-ayat  suci Al-Quran dan sebagai tanda Kiamat hampir tiba. Di Malaysia sendiri ramai kumpulan nasyid telah mengalunkan ayat-ayat suci Al-Quran dan Zikir bersama muzik tanpa segan dan silu, contohnya Perkataan     , اللهُ  .. اللهُ  … اللهُ  سبحان الله والحمد لله والله أكبر  dan lain-lain lafaz zikir dipersendakan dan dipermainkan serta diperdagangkan dengan tanpa nilai. Proses yang dirancang begitu rapi dan lama, telah berjaya menjadikan lafaz-lafaz suci dalam Islam lebih hina dari lain-lain perkataan seperti  lagu kebangsaan dan lafaz ikrar lebih mulia daripada Al-Quran dan tidak boleh dipersendakan, jika ada orang ingin menghina lagu neragaku dan lafaz ikrar, pasti ada pihak yang mempertahanknnya  dan membawa isu tersebut ke pihak pengadilan mahkamah, tetapi apabila lafaz-lafaz suci ini diperhinakan secara tidak langsung, maka tiada sesiapa pun sanggup membela Kalimah Allah SWT.