Adanya ramalan bahawa dunia akan berakhir pada tanggal 21 Desember 2012, tentunya tidak menjadi kerisauan apalagi ketakutan dalam diri seorang mukmin yang mengimani perkara-perkara ghaib dan mengimani bahawa segala sesuatu yang terjadi di alam ini adalah atas kehendak Allah s.w.t. Hal ini demikian kerana, jika Dia (Allah s.w.t) tidak berkehendak maka sesuatu itu tidak akan terjadi. Ramalan kononnya akan terjadinya kiamat tahun 2012 itu sebenarnya disandarkan pada penemuan beberapa malapetaka oleh ahli astrologi kuno serta para ahli astronomi moden. Antara yang menjadi sandaran bagi ahli astrologi kuno ialah:

 

1. Suku Maya.

 

Suku ini tinggal di teluk antara Guatemala dan Maxico ini pada tahun 700 SM. Menurut para arkeologi, suku ini dianggap memiliki kemajuan dalam perhitungan khususnya berkenaan waktu dan penanggalan. Suku ini terikat oleh kepercayaan yang mereka yakini sehinggakan dalam hal-hal ibadat juga dipengaruhi oleh elemen waktu. Suku Maya telah membuat perhitungan bahawa dalam satu tahun terdapat 18 bulan yang setiap bulannya terdiri daripada 20 hari dan mereka menambahkan 5 hari untuk peribadahannya sehinggalah menjadi 365 hari setahun. Dalam proses penanggalan tersebut, mereka telah meramal akan terjadinya berbagai-bagai musibah, seperti kelaparan, banjir besar, perubahan iklim hingga berakhirnya bumi yang menurut penanggalan mereka jatuh pada tanggal 21 Desember 2012. Tanggal 21 Desember 2012 bertepatan dengan tahun 5126 M yaitu tanggal berakhirnya perhitugan panjang mereka yang sudah dimulai sejak tanggal 31 Ogos, bersamaam 3114 SM.

2. Buku-buku ramalan Cina

Seorang penulis yang bernama Fahd Amir al Ahmadi mengatakan bahawa banyak ilmuwan yang bersepakat dengan suku Maya ini akan adanya kejadian besar pada tahun 2012. Di Asia, hal yang sama telah ditunjukkan oleh kebanyakan buku yang ditulis oleh ahli-ahli astrologi Cina bahawa keturunan Dinasti Chang yang menguasai China sejak tahun 1766 SM, hanya akan bertahan sehingga 3778 tahun (yang bertepatan dengan tahun 2012 ).

 

3. Nostradamus


Di Perancis juga terdapat ramalan yang dibuat oleh seorang ahli astrologi yang bernama Nostradamus yang mengatakan bahawa planet-planet di angkasa akan berantakan pada akhir tahun 2000 yang akan mengakibatkan hancurnya kehidupan setelah 12 tahun, iaitu pada tahun 2012.

Sementara itu antara ahli astronomi moden yang mendukung ramalan kiamat tahun 2012 ini adalah seperti berikut:

1. Seorang ilmuwan matematik Jepun yang bernama Haido Itakawa pada tahun 1980 mengatakan bahawa planet-planet matahari akan tersusun dalam satu garis di belakang matahari dan fenomena yang berlaku ini akan mengakibatkan kejadian di angkasa raya yang luar biasa yang akan menghentikan kehidupan atas permukaan bumi pada bulan Ogos 2012.

2. Perihal kiamat tahun 2012 ini juga diberitakan oleh bermacam-macam Jurnal Ilmiah Amerika yang bersumberkan NASA telah dijalankan dalam beberapa tahun terakhir ini menggunakan teleskop yang diletakkan oleh NASA di ruang angkasa. Hasilnya telah menemukan sebuah planet lain yang besarnya hampir sama dengan matahari dan dinamakan Nibiru.

3.NASA juga memberitakan bahawa planet Nibiru ini memiliki kekuatan magnet yang sangat besar yang hampir sama dengan matahari sehinggakan hal yang sangat membahayakan akan berlaku apabila planet ini mendekati orbit peredaran bumi. Perkiraan mendapati bahawa planet Nibiru akan mendekati bumi dalam jarak yang boleh disaksikan dengan jelas oleh penduduk Asia Timur pada tahun 2009, bahkan akan memasuki orbit bumi pada tahun 2011 dan seluruh penduduk bumi akan dapat menyaksikannya seolah-olah sebuah matahari yang lain. (http://forums.al3almi.net). Menurut sumber lain disebutkan bahawa pada tahun 2012, plenet Nibiru ini akan memasuki bahagian dalam sistem suria kita sehingga menyebabkan gangguan graviti.

Walau bagaimanapun, pendapat di atas juga mendapatkan banyak sanggahan daripada ahli arkeologi maupun astronomi, mereka berhujah dengan mengatakan bahawa:

1. Berhubung ramalan suku Maya, mereka menjelaskan bahawa kalaulah benar tahun 5126 M yang bertepatan dengan tahun 2012 M ialah tahun berakhirnya penanggalan mereka ataupun berakhirnya dunia bukanlah bererti bahawa dunia ini akan hancur (kiamat). Hal ini demikian disebabkan oleh dakwaan ahli kosmologi suku Maya bahawa bumi diciptakan 5 kali dan dihancurkan 4 kali. Oleh itu, siklus kalender Maya boleh berakhir, namun siklus baru akan kembali berulang dan membawa hal baru bagi penghuni bumi. (http://langitselatan.com)

2. Mereka yang membantah teori ini mengatakan: “Ramalan-ramalan itu benar-benar tidak ada dasarnya sama sekali, apalagi kebudayaan Maya yang kita kenal,”. Demikian menurut Stephen Houston, profesor antropologi di Brown University, yang juga ahli tulisan hieroglif Maya. “Penggambaran bangsa Maya tidak pernah menyebut-menyebut tentang hal ini.” katanya. Bangsa maya melihat bahawa tarikh tersebut ialah tarikh kalender mereka dan akan mengulang kembali tanpa adanya bencana sama sekali.

3. Sementara, mengenai teori planet Nibiru, bantahan yang ada hadir daripada seorang ahli astronomi NASA yang mengatakan bahawa “Kami saja sampai sekarang masih berdebat soal Pluto, tiba-tiba ada orang yang mengatakan adanya planet Nibiru, dari mana ini? Lucu sekali, kami sampai sekarang masih belum menemukan planet lain, sudah ada yang menemukan planet Nibiru pula, tanpa ada maklumat daripada mana berita itu muncul.” (http://www.kapanlagi.com)

Kiamat Menurut Pandangan Islam

Kiamat merupakan hal ghaib yang harus diimani oleh setiap muslim dan yang hanya diketahui oleh Allah s.w.t saja seperti banyak yang disebutkan dalam Kitab-Nya mahupun Sunnah Nabi saw, antaranya :

يَسْأَلُونَكَ عَنِ السَّاعَةِ أَيَّانَ مُرْسَاهَا قُلْ إِنَّمَا عِلْمُهَا عِندَ رَبِّي لاَ يُجَلِّيهَا لِوَقْتِهَا إِلاَّ هُوَ ثَقُلَتْ فِي السَّمَاوَاتِ وَالأَرْضِ لاَ تَأْتِيكُمْ إِلاَّ بَغْتَةً يَسْأَلُونَكَ كَأَنَّكَ حَفِيٌّ عَنْهَا قُلْ إِنَّمَا عِلْمُهَا عِندَ اللّهِ وَلَكِنَّ أَكْثَرَ النَّاسِ لاَ يَعْلَمُونَ

* Artinya : “Mereka menanyakan kepadamu tentang kiamat: “Bilakah terjadinya?” Katakanlah: “Sesungguhnya pengetahuan tentang kiamat itu adalah pada sisi Tuhanku; tidak seorangpun yang dapat menjelaskan waktu kedatangannya selain Dia. kiamat itu Amat berat (huru haranya bagi makhluk) yang di langit dan di bumi. kiamat itu tidak akan datang kepadamu melainkan dengan tiba-tiba”. mereka bertanya kepadamu seakan-akan kamu benar-benar mengetahuinya. Katakanlah: “Sesungguhnya pengetahuan tentang bari kiamat itu adalah di sisi Allah, tetapi kebanyakan manusia tidak Mengetahui”. (QS. Al A’raf : 187)

*Ibnu Katsir mengatakan bahawa firman Allah, ”Katakanlah: ’Sesungguhnya pengetahuan tentang kiamat itu adalah pada sisi Tuhanku; tidak seorangpun yang dapat menjelaskan waktu kedatangannya selain Dia.” Adalah perintah Allah s.w.t kepada nabi-Nya s.a.w apabila beliau s.a.w ditanya tentang waktu terjadinya kiamat, maka hendaklah beliau s.a.w mengembalikan pengetahuan tentang itu kepada Allah s.w.t. Sesungguhnya Dialah yang menjelaskan waktu kedatangannya atau mengetahui kejelasan perkara itu dengan kepastian waktunya. (Tafsir Ibnu Katsir juz III hal 518)

يَسْأَلُكَ النَّاسُ عَنِ السَّاعَةِ قُلْ إِنَّمَا عِلْمُهَا عِندَ اللَّهِ وَمَا يُدْرِيكَ لَعَلَّ السَّاعَةَ تَكُونُ قَرِيبًا

* Artinya : “Manusia bertanya kepadamu tentang hari berbangkit. Katakanlah: “Sesungguhnya pengetahuan tentang hari berbangkit itu hanya di sisi Allah”. dan tahukah kamu (hai Muhammad), boleh Jadi hari berbangkit itu sudah dekat waktunya.” (QS. Al Ahzab : 63)

*Diriwayatkan dari Abdullah bin Umar ra bahawasanya Rasulullah saw bersabda,”Kunci-kunci ghaib itu lima, ’Sesungguhnya hanya pada sisi-Nya sajalah pengetahuan tentang hari kiamat, dan Dialah yang menurunkan hujan, dan mengetahui apa yang ada dalam rahim. Dan tiada seorangpun yang dapat mengetahui (dengan pasti) apa yang akan diusahakannya besok, dan tiada yang seorangpun yang dapat mengetahui di bumi mana dia akan mati. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal.” (HR. Bukhori)

* Al Qurthubi menyebutkan pendapat Ibnu Abbas yang mengatakan bahwa kelima kunci-kunci ghaib tersebut tidaklah ada yang mengetahuinya kecuali Allah s.w.t. Hal itu juga tidak diketahui oleh para malaikat, para Nabi yang diutus. Maka barang siapa yang menganggap bahwa dirinya mengetahui sesuatu tentang itu semua, maka orang itu telah mengingkari Al-Qur’an dikarenakan ia telah menyalahinya. (Al Jami Li Ahkamil Qur’an juz XIV hal 400)

*Dan juga jawaban Rasulullah saw ketika ditanya oleh Malaikat Jibril tentang kapan terjadinya kiamat maka beliau saw besabda,”Orang yang ditanya tidak lebih mengetahui daripada yang bertanya.” (HR. Muslim) Hadits tersebut menjelaskan bahwa diri Rasulullah saw dan juga orang yang bertanya (Jibril) tidaklah mengetahui tentang waktu terjadinya kiamat.

Syeikh Yusuf al Qaradhawi pernah ditanya tentang akan hancurnya alam ini pada tahun 2012?

 

 

Beliau menjawab bahawa ini termasuk pembicaraan tentang sesuatu yang akan datang, menerobos tabir masa yang akan datang, menyingkap apa-apa yang mungkin terjadi pada anda besok atau lusa, dan itu semua tidaklah ada yang mengetahuinya kecuali Allah s.w.t.

وَمَا تَدْرِي نَفْسٌ مَّاذَا تَكْسِبُ غَدًا

Artinya : “Dan tiada seorangpun yang dapat mengetahui (dengan pasti) apa yang akan diusahakannya esok.” (QS. Luqman : 34)

Seseorang mungkin mengetahui sesuatu dengan berbagai indikatornya akan tetapi hal itu hanyalah sebatas dugaan, bukanlah kepastian.

وَمَا تَدْرِي نَفْسٌ بِأَيِّ أَرْضٍ تَمُوتُ

Artinya : “dan tiada seorangpun yang dapat mengetahui di bumi mana dia akan mati.” (QS. Luqman : 34)

Sebagaimana diungkapkan seorang penyair :

Kami menjalani apa-apa yang telah dituliskan atas kami. Dan telah dituliskan pula atasnya untuk dia jalani.Dan barangsiapa yang telah dituliskan kematiannya di suatu tempat. Maka tidaklah dia akan mati di tempat yang lainnya.

Allahlah yang mengetahui kebenaran hakikinya bahkan terhadap berbagai penafsiran tentang alam semesta ini, perkembangan alam maupun kehidupan yang seluruhnya merupakan teori-teori, sepertihalnya teori ledakan besar, teori ini dan itu. Dan sebagaimana sebuah teori maka ada pula sebagian ilmuwan lainnya yang melakukan penyanggahan terhadapnya dengan berbagai teori lainnya dan begitulah selanjutnya.

Adapun hakekat kebenarannya didalam permasalahan ini tidaklah ada yang mengetahuinya kecuali Allah s.w.t sebagaimana disebutkan didalam Al Qur’an. (www.qaradawi.net)

Menurut laman KALAMNURANI,
Ada 20 perkara pelik dalam filem 2012,

Amaran penulis; Kita sekadar perlu mengetahui tetapi tidak seharusnya mempercayai segala-segalanya..

  1. 2012 arahan Roland Emmerich bukanlah satu-satunya filem blockbuster yang dibikin untuk ditayangkan, masih terdapat 2 buah filem lagi dengan judul 2012 : The War For Souls arahan Micheal Bay (pengarah filem Transfomers) menanti atau ditangguhkan tayangannya – menjadi tanya tanya; lihat trailer-nya. Sementara itu ada sebuah filem 2012 dari pengarah yang sama karya Roland Emmerich Pengarah lebih dahsyat, ngeri dan suspens, dengan penampilan pelakon Will Smith (apakah ini sequel filem The Independence Day). Persoalan bila pula filem ini hendak ditayangkan atau apa kesudahan karya ini? (lihat trailer-nya di sini).
  2. Dalam filem 2012 Makkah tidak dipilih sebagi lokasi yang dimusnahkan. Pengarah Roland Emmerich dikecam kerana tidak berani menggambarkan kehancuran Makkah tempat suci umat Islam. Sementara tempat peribadatan Vatican digambarkan kehancurannya. Dia mendapat kritikan hebat sehingga digelar penakut, lihat pautannya di sini
  3. Yang benar dan hampir pasti berlaku pada 2012 adalah fenomena galaktik iaitu jajaran sistem solar kita akan selari dengan pusat galaktik cakra suria. Fenomena ini hanya berlaku pada setiap 26,000 tahun.
  4. Kaum Maya telah mengetahui tentang fenomena ini pada tahun 600 SM lagi. Bermula dari kaum proto Maya – Olmec sehingga pada kaum Aztec. Bayangkan sebelum kebangkitan nabi Isa as, mereka telah memiliki kemahiran ilmu astronomi yang tepat?
  5. Ada sebuah Planet ke-12 yang digelar oleh Zechariah Sitchin dalam bukunya “The Twelfth Planet” atau Nibiru akan mendekati orbit bumi pada 2012. Ia dikatakan akan menghampiri bumi setelah melakukan pusingan orbit bujur, lihat pautan ini.
  6. Gambaran keseluruhan kemusnahan dunia dalam filem “2012” dan filem “Knowing” (lakonan Nicholas Cage) bermula dengan kemusnahan matahari ia bertepatan dengan hadis Nabi SAW tentang tanda besar terjadinya kiamat, iaitu apabila matahari terbit dari barat.
  7. Imam Mahdi dikatakan akan muncul sekitar tahun 2012 – 2015. Banyak pendapat ini terbit dari kaum Syiah yang memang sedang menunggu Imam ke-12 mereka (tidak ada hadis sahih mengenainya).
  8. Agama dan kepercayaan purba seperti Hindu (Kali Yuga kalender), Hopi (Red Indian di Arizona), Dogon (kaum asli Afrika) dan I Ching ( kalender purba China) turut mengandungi ramalan kemusnahan yang akan terjadi pada 2012. Apakah ia satu kebetulan?
  9. 21 Disember 2012 jatuh pada hari Jumaat. Pengarah filem 2012 Roland Emmerich sengaja memilih 21 Disember 2012 sebagai tarikh kemusnahan bertepatan dengan hadis kiamat.
  10. Tarikh sebenar berakhir era Mayan berdasarkan kitab purba kaum Maya Popol Voh adalah 22 Disember 2012 bukan 21 Disember (fakta rujukan dari Maurice Cotterell, penemuan J Erich Thompson) , kenapa memilih 21 Disember pada hari Jumaat?
  11. Munculnya The Shining One. Satu tanda tanya dari mana terbitnya ramalan kedatangan tokoh penyelamat yang diberi nama the Shinnig ones yang akan muncul bertepatan dengan kehancuran dunia 2012? Lihat pautan ini.
  12. Berlaku perubahan era transisi spiritual. Inilah thesis Barbara Hand Clow bahawa tahun 2012 akan berlaku transisi spiritual. Lihat pautan ini.
  13. Komuniti New Agers menanti zaman Aquarian Ages. Zaman Baru yang dijangka berlaku selepas 2012 setelah satu kemusnahan besar terjadi. Lihat pautan ini.
  14. Dalam filem 2012 Presiden kulit hitam adalah Presiden Amerika yang terakhir.
  15. 5 filem kemusnahan dunia sebelum 2012; adalah Terminator (kemusnahan akibat nuclear bom), Earth Stand Still (kemusnahan disebabkan alien), War of the World (kemusnahan disebabkan alien), Knowing (kemusnahan disebabkan matahai) dan Watchers (kemusnahan akibat nuclear bom).
  16. Alien akan turun ke bumi dan berlaku first contact manusia dengan alien. Berdasarkan penafsiran corp cicrles. Lihat pautan ini.
  17. Sebuah negara baru akan muncul pada 2012 negara yang digelar New Jerusalem.
  18. Nostrdamus meramalkan akan berlaku perang dunia ke III. Lihat pautan ini.
  19. Bible code ms 85. Ada mesej tersembunyi dalam bentuk kod berada dalam Bible Hebrew. Meramalkan pembunuha Yitzahak Rabin (nama pembunuh Amir turut ditemui dalam kod itu), komet akan menghentam bumi. Lihat pautan ini.
  20. Apa yang disebut dalam kitab purba Maya bukanlah kemusnahan dunia atau kiamat pada 2012, tetapi muncul zaman dan era baru pada 2012. Tarikh kiamat yang disebut dalam kitab Popol Vuh mereka adalah pada 4772.