Ideologi sains bermula dengan (salah seorangnya) seorang lelaki dari zaman kegelapan Eropah, Galileo Galilei mencetuskan idea bahawa sebenarnya bumi yang mengelilingi matahari, dan terciptalah satu sistem baru yang dinamakan Solar System, atau sistem suria yang menempatkan matahari sebagai pusat cakerawala. (ada ramai lagi tapi ni yg paling famous)

Namun, idea ini dibantah oleh pihak gereja kerana ia bertentangan dengan ajaran agama Kristian yang mengatakan bahawa bumi adalah pusat cakerawala dan matahari yang bergerak mengelilingi bumi berdasarkan ayat di dalam Bible yang mengatakan bumi tidak bergerak:

“The world also is stablished that it cannot be moved.”
Psalm 93:1

“He hangeth the Earth upon nothing.”
Job 26:7

Kesannya, mereka yang beriman dengan dakwaan kononnya matahari sebagai pusat cakerawala telah ditangkap, diseksa dan dibunuh. Ada yang dipenjarakan dan ada yang dibakar hidup-hidup.

Para sejarawan, saintis moden dan kebanyakan ahli-ahli profesional melihat perkara ini sebagai satu perkembangan yang negatif. Tetapi tidak bagi saya. Saya menyokong tidakan pihak gereja itu, kerana mereka lebih faham apa sebenarnya yang berlaku. (Cuma saya tidak bersetuju pasal gereja zalim sangat. bunuh terus dah la. takyah nak seksa-seksa)

Pihak gereja lebih faham dan kenal siapa sebenarnya yang mereka bunuh, bukan seperti kita yang telah ditipu bulat-bulat oleh media-media dan buku-buku sejarah.

Kenapa saya setuju?

-x~Kerana golongan yang mendakwa matahari sebagai pusat cakerawala itulah sebenarnya golongan yang telah membunuh ramai umat Islam ketika Perang Salib.

-x~Golongan itu jugalah yang bertanggungjawab melakukan revolusi menumbangkan raja-raja dan pihak gereja yang berkuasa di Eropah.

-x~Golongan itulah juga yang telah mencipta kedua-dua Perang Dunia dan segala krisis yang sedang berlaku di dunia pada hari ini.

-x~Golongan yang sama itu juga lah yang bertanggungjawab di atas pembinaan negara haram Zionis dan pencerobohan ke atas Afghanistan dan Iraq.

-x~Ataupun senang cerita, waris daripada golongan-golongan itu lah yang telah menghuru-harakan dunia ini dan sedang bekerja untuk mempersiapkan kedatangan The Antichrsit (Al-Masih Ad-Dajjal).

Saya amat gembira apabila golongan yang menggelar diri mereka “saintis” itu dibunuh dan saya amat sedih apabila mereka berjaya merampas kuasa di Eropah menumbangkan Gereja dan mula berkuasa di Eropah. Mereka menyembunyikan revolusi jahat mereka di sebalik nama Renaissance.

Dalam hal ini, ramai orang dalam keadaan dilemma. Mana satu yang betul? Gereja atau Saintis?

Oleh kerana para “saintis” ini telah menang dan mendominasi dunia, ramai yang berpihak kepada para saintins. Istilah sekular telah diperkenalkan dan pihak Gereja telah dimalukan dan dianggap kolot dan ketinggalan zaman kerana menolak sains.

Saya sokong pihak gereja.

~~~
Sama seperti yang telah berlaku pada zaman Rasulullah ketika mana tentera Rom telah dikalahkan oleh tentera Parsi. Tentera Rom adalah penganut agama langit manakala tentera Parsi adalah penyembah api. Akibat kekalahan tentera Rom, umat Islam telah bersedih.

Begitu juga dengan kekalahan pihak Gereja menghadapi revolusi yang dilancarkan oleh para “saintis” yang tidak beragama ini (mereka sebenarnya penganut ajaran Kabbalah, sejenis ilmu sihir Bani Israel kuno). Saya amat bersedih dengan perkara ini.

Sebenarnya, sejak dari zaman dahulu lagi, manusia berpegang kepada kepercayaan Geocentric (bumi sebagai pusat cakerawala). Hanya dalam zaman kegelapan Eropah sahaja tiba-tiba muncul kepercayaan Heliocentric (matahari sebagai pusat cakerawala) yang ditimbulkan oleh si bodoh Nicolaus Copernicus dan Galileo Galilei.

Tetapi, oleh kerana perkataan “si bodoh” itu tidak sedap di dengar, mereka telah cipta satu perkataan baru untuk menggantikannya, iaitu “saintis”.

Tetapi pada hari ini, seluruh umat manusia telah tertipu dengan ideologi Heliocentric yang dibawa oleh mereka. Mungkin kita tidak sedar bahawa ajaran Heliocentric yang sedang diajar di dalam matapelajaran sains (baca : bodoh) adalah berasal daripada ajaran Kabalah, yang mana para pengikut Kabalah ini memang menganggap matahari sebagai Tuhan.

———————————————————————————————–

Ya, saya menyokong pendapat bahawa matahari yang mengelilingi bumi, bukan seperti pendapat lawak dan dongeng yang dikemukakan oleh para saintis.

Dan matahari; ia beredar ke tempat yang ditetapkan baginya; itu adalah takdir Tuhan Yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengetahui; (38) Dan bulan pula Kami takdirkan ia beredar melalui beberapa peringkat, sehingga di akhir peredarannya kelihatan kembalinya pula ke peringkat awalnya seperti tandan yang kering. (39) matahari tidak mudah baginya mengejar bulan, dan malam pula tidak dapat mendahului siang; kerana tiap-tiap satunya beredar terapung-apung di tempat edarannya masing-masing. (40)
Surah Ya-seen (Ayat 38-40)

Di dalam surah Yasin, terdapat ayat yang jelas menunjukkan matahari itu bergerak dan bukan berada pada kedudukan yang tetap untuk menjadi paksi cakerawala.

Allah jualah yang menjadikan langit terangkat tinggi dengan tiada bertiang sebagaimana yang kamu melihatnya, kemudian Dia bersemayam di atas Arasy dan Dia memudahkan matahari dan bulan (untuk faedah makhluk-makhlukNya); tiap-tiap satu dari keduanya beredar untuk suatu masa yang telah ditetapkan. Allah jualah yang mentadbirkan segala urusan; Dia menerangkan tanda-tanda kekuasaanNya satu-persatu, supaya kamu yakin kepada pertemuan Tuhan kamu
Surah Al-Rad (ayat 2)

Matahari dan bulan beredar dengan peraturan dan hitungan yang tertentu.
Surah Ar-Rahman(Ayat 5)

Dia menciptakan langit dan bumi dengan ada faedah dan gunanya yang sebenar; Ia pula menjadikan malam melingkari siang (dengan gelapnya) dan menjadikan siang melingkari malam (dengan cahayanya) dan Dia menjadikan matahari dan bulan beredar menurut perintahnya, tiap-tiap satu dari keduanya, beredar untuk suatu masa yang telah ditetapkan. Ingatlah! Dialah Yang Maha Kuasa, lagi Yang sentiasa Mengampuni.
Surah Az Zumar (Ayat 5)

Allah jua yang memasukkan malam pada siang dan memasukkan siang pada malam (silih berganti) dan Dia yang memudahkan peredaran matahari dan bulan; tiap-tiap satu dari keduanya beredar untuk suatu masa yang telah ditetapkan. Yang melakukan semuanya itu ialah Allah Tuhan kamu, bagiNyalah kuasa pemerintahan; sedang mereka yang kamu sembah (yang lain dari Allah) tidak mempunyai sesuatu pun walau senipis selaput biji kurma.
Surah Fatir (Ayat 13)

Tidakkah engkau memerhatikan bahawa Allah memasukkan malam pada siang dan memasukkan siang pada malam (silih berganti) dan Dia memudahkan matahari dan bulan (untuk faedah makhluk-makhlukNya)? Tiap-tiap satu dari keduanya beredar untuk suatu masa yang telah ditetapkan dan (ingatlah) sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan.
Surah Luqman (Ayat 29)

Dan Dialah (Tuhan) yang telah menjadikan malam dan siang, serta matahari dan bulan; tiap-tiap satunya beredar terapung-apung di tempat edaran masing-masing
Al-Anbiya (Ayat 33)

Sesungguhnya Allah menerbitkan matahari dari timur, maka terbitkanlah dia dari barat,
(QS. Al Baqoroh : 258)

sesungguhnya Allah menahan langit dan bumi supaya jangan bergeser, dan sungguh jika keduanya bergeser tidak ada seorangpun yang dapat menahan keduanya selain Allah. Sesungguhnya dia itu maha penyantun lagi maha pengampun.
(QS. Fathir[35]:41)

So, ayat Al-Quran mana yang cerita bumi bergerak dan beredar matahari?

Tiada. Tiada ayat Al-Quran pun yang mengatakan bahawa bumi itu bergerak.

Sape nak percaya pada sains, percayalah. Saya tak halang sebab orang Melayu memang suka percaya pada benda dongeng dan tahyul.

————————————————————————————————

Malah beberapa orang pengkaji Barat sendiri cuba untuk membongkar penipuan yang telah dibuat oleh Galileo Galilei ini, salah seorangnya ialah Marshall Hall.

Di antara hujah beliau:

1. Tiada bukti langsung yang mengatakan bahawa bumi mengelilingi matahari. TIADA.

2. Setiap perkiraan yang dibuat oleh saintis dan astronomi untuk mengira pergerakan satelit, gerhana dan lain-lain yang berkaitan dengan angkasa adalah dikira dengan menggap bumi tidak bergerak. Hanya dengan menganggap bumi tidak bergerak, barulah perkiraan tersebut boleh dilakukan.

3. Tiada ekperimen yang berjaya menunjukkan bahawa bumi bergerak mengelilingi matahari. Apatah lagi untuk membuktikan bahawa bumi bergerak 32 kali ganda lebih laju daripada peluru senapang rifel, 66600 mph.

4. Banyak eksperimen telah membuktikan bahawa bumi tidak bergerak.

5. Sejarawan telah membuktikan bahawa Copernicus, Kepler, Galileo, Newton, Einstein dan Sagan adalah dalang kepada penipuan ini.

6. Berdasarkan logik akal, pendapat yang mengatakan matahari mengelilingi bumi adalah lebih kuat.

7. Teleskop yang digunakan NASA yang dilengkapi komputer telah diprogramkan untuk menghantar kembali “synthesized images”. (Teleskop NASA mengarut je lebih, bukan tengok langit pun)

8. Ayat Bible yang mengatakan bumi tidak bergerak. (Bagi umat Islam, ayat Al-Quran juga banyak menunjukkan bahawa mataharilah sebenarnya yang bergerak)

~~~~

Fitrah manusia juga selari dengan anggapan bahawa mataharilah sebenarnya yang bergerak, bukan bumi. Buktinya, kita selalu menggunakan istilah “matahari terbit”, “matahari terbenam”, “matahari tergelincir” dan sebagainya. Malah saintis sendiri menggunakan istilah “matahari terbit” dan “matahari terbenam” dalam dialog seharian mereka.

Soalan budak tadika:

Pilih satu dialog yang logik:

a) “Bangunlah Man, matahari dah tegak atas kepala ni, ko tak bangun-bangun lagi”
b) “Bangunlah Man, bumi dah berpusing menghadap matahari ni, ko masih tak bangun-bangun lagi”

Hahaha, ni soalan budak tadika. Sila la pilih A atau B. Pilih yang paling logik. Kalau ada orang salah jawab jugak tak tahu la.

P/s: Terserah kepada anda utk mempercayai atau tak, tetapi Al-Quran telah membuktikannya. Wallahua’lam.