Where in the world is Diego Garcia..???

kengkawan…. tsunami ygmelanda pada 9.0 pada skala richter membuktikan kemampuannya meranapkan pulau pulau yg berada dilingkungan serangannya… tak dinafikan selain negara asia tenggara, asia barat seperti india, sri lanka dan Maldives juga menerima serangna ganas gelombang laut yg tetiba menyerang tanpa sebarang amaran….

lebih memeranjatkan ada beberapa negara di selatan Afrika Turut menerima undangan gelombang peragut nyawa ini…

Namun begitu… dari emel yg diterima oleh saya baru baru ini, didapati rupa rupanya di bawah kepulauan Maldives terdapat satu gugusan dipanggil Diego Garcia. Apa yg ada disana sehingga menarik minat saya mengajak kengkawan kesana..?? Mari kita jenguk…

Dan mari kita renungkan apa yg terjadi pada mereka yg berada di pulau yg hanya mempunyai ketinggian 4 kaki shj dari paras laut..? tiada berita pun dari mereka samada hidup atau mati.. ataupun mereka telah pun diberitahu..??

 

 

Paste from my email :

 

Sebuah akhbar tabloid di Malaysia ini dan sebuah
akhbar elektronik (internet) telah melaporkan bahawa
sebuah pangkalan tentera Amerika Syarikat di Diego
Garcia (sebuah pulau di Lautan Hindi) telah musnah
sama sekali akibat serangan ombak besar Tsunami pada
26 Disember 2004 yang lalu. Laporan tersebut tidak
memetik daripada sumber mana maklumat ini diperolehi.

Menurut laporan satu artikel lain di laman web Global
Security (
http://www.globalsecurity.org/milita…-imagery-3.htm
) ianya menceritakan sebaliknya. Walaupun pulau Diego
Garcia telah dilanda ombak Tsunami namun ianya tidak
merosakkan pangkalan tentera Amerika di sana dan
disertakan gambar-gambar satelit sebelum dan selepas
peristiwa Tsunami untuk membuktikan dakwaan tersebut.

Oleh itu kepada mereka yang mempunyai bukti atau
sumber dari mana laporan yang menyatakan pangkalan
Amerika di Diego Garcia ini telah musnah sama sekali
harap dikemukakan maklumat tersebut.

————————————————————————————————–

 

Untuk ketika ini kita tak akan terjumpa mana2 website yang dapat menunjukan/ membuktikan hilangnya Diego Garcia dari peta dunia. Global Security.org adalah website dibawah kelolaan Pentagon. Saya terjumpa forumers (wartawan) di website Independant atau website anti-Bush dari U.S.A yg pernah tinggal di Diego Garcia satu masa dulu menyatakan tidak logik jika Diego Garcia tidak terjejas. Kemudian saya terjumpa lagi statement oleh jurucakap U.S Navy menyatakan tiada kemalangan jiwa atau berlaku apa2 kerosakan pada Diego Garcia. Saya rasa jika mereka memberitahu kepada dunia bahawa Diego Garcia juga terjejas, berlaku kerosakan itu dan ini, dunia akan mempercayainya kerana pembohongan ini dikira logik dan masuk akal,akan tetapi apabila mereka berkata tiada kemalangan jiwa dan tiada kerosakan langsung ini telah membuktikan bahawa mereka telah berbohong.

Pakar geologi memberitahu ombak Tsunami yg berlaku di Aceh terjadi apabila air laut yg bergerak dengan kelajuan 700km/jam hingga 800km/jam akan menjadi perlahan apabila makin menghampiri kawasan pantai (sebab kawasan pantai semakin cetek) tetapi akan bertukar sifat pula, iaitu ia akan menjadi ombak yang tinggi. Di Aceh diberitakan ombaknya setinggi 2 kali pokok kelapa. Jurucakap U.S Navy memberitahu Diego Garcia dikelilingi oleh lautan yg sangat dalam. Kalau itulah yg menjadi alasanya, maka Diego Garcia yg luasnya hanya sekangkang kera itu sudah pasti dirempuh oleh air laut yang padu itu dgn kelajuan 700km/jam hingga 800km/jam. Keluasan Diego Garcia yg luasnya sekangkang kera itu hanyalah tak sampai 20% tanah daratan dan lebih 80% air laut, iaitu lagun lagun (lihat gambar di thread yg pertama), mampu menahan rempuhan air laut yg padu dgn kelajuan seperti sebuah jet ?

Jika benar Diego Garcia dikelilingi oleh lautan yang dalam bermakna tebingnya mencuram kebawah kedasar laut. Jadi permukaan daratan itu bolehlah dianggap sebagai puncak bukit. Bagaimana agaknya puncak bukit yg ketinggianya cuma 4 kaki dari sea level mampu menahan rempuhan air laut yg kelajuan seperti jet itu ? sedangkan rempuhanya mencecah sampai kepantai Timur Afrika (lihat peta).

Satu satunya cara untuk membuktikan kesahihan Diego Garcia ini ialah dengan mengadakan satu penerbangan pemantauan oleh pihak NGO dunia, seperti kumpulan Green Peace kerana mereka mempunyai peasawat sendiri, atau oleh pihak media Al-Jazeera. Satu masa dulu pihak Telekom pernah mendapatkan khidmat TUDM untuk membawa pulang maskot streamyx nya iaitu Badak Air. Badak Air itu diperolehi dari Bostwana, Afrika. Air Route dari TUDM Subang ke Bostwana sudah pastilah terpaksa overhead Diego Garcia. Ini boleh dilakukan sekiranya Kerajaan Malaysia mahu. Dari sana pemantauan dari udara boleh dibuat keatas Diego Garcia. Masalahnya apakah tulisan ini diterima oleh pihak Kementerian Pertahanan. Kita sebagai rakyat pembayar cukai relakah harga penerbangan yg bakal dilakukan oleh pihak TUDM digunakan hanya semata mata mata atas sifat `Ingin Tahu` ? Relakah tuan tuan ? Walau apa pun keadaannya, masa lah yg akan menentukan kesahihan ini, kerana dalam jangka masa terdekat ini kita tidak akan menemui bukti dari mana2 sumber, kecuali dengan izinNya perkara mustahil boleh terjadi.

 

Inilah gambar Pulau Diego Garcia yang

dikatakan masih wujud

 

 

——————————————————————————————————

 

Sidang Akhbar :
Penjelasan Tentang TSUNAMI Menurut Ustaz Ashaari Muhammad

Penjelasan Tentang Tsunami Menurut Ustaz Ashaari Muhammad
Oleh: Khatijah Aam
(Untuk Press Release)

Peristiwa sebesar Tsunami tentunya tidak kecil
maksudnya sedangkan satu helai daun yang kering itu
gugur pun Tuhan ada maksud dan perancangan yang
khusus. Inikan pula bencana yang amat dahsyat di zaman
ini, masakan boleh dilupakan begitu saja. Sebenarnya
ia adalah penentu sejarah masa depan dan sangat
berkait rapat dengan sejarah dunia yang silam.

Kalau bolehlah kita tanyakan langsung kepada Tuhan
yang mentakdirkan Tsunami itu, yakni melalui
Rasul-Nya, barulah kita akan puas dengan jawapannya.
Tapi Rasul kita kan sudah wafat?

Namun janganlah kita tidak tahu, bahawa gelombang
kebangkitan Islam di Asia ini, tentulah ada tuannya.
Dia adalah mukjizat Rasulullah yang masih berlaku
walaupun baginda sudah wafat. Dengan cara digerakkan
pejuang-pejuang Islam yang muncul seawal tahun 1401
Hijrah yang lepas. Kini kebangkitan itu telah berjalan
sudah 25 tahun di awal kurun, seluruh Asia sudah ikut
mendengar seruan kebenaran yang dibuat bagi pihak
Allah dan Rasul itu. Sabdanya:

“Di awal setiap 100 tahun akan datang seorang yang
membaharui agama (mujaddid). Dia akan zahirkan
kebenaran dan tidak dapat dihalang oleh musuhnya.”

Mengikut Sunnah Tuhan, apabila seruan telah selesai,
maka penentang-penentang akan dihukum. Dalam buku ini
dicerita dengan detail, bagaimana proses Tuhan
menghancurkan sesuatu kaum, bilamana terbukti mereka
musuh kebenaran. Semasa hayat baginda Rasul Muhammad
SAW, musuh-musuhnya dihadapi dengan perang. Semua
peperangan Rasul mendapat kemenangan kecuali sekali
kalah. Tapi nampaknya untuk zaman kita, Nabi junjungan
kita itu diberi keringanan oleh Tuhan dengan tidak
lagi perlu ke medan perang untuk menghadapi musuh,
tapi Tuhan tolong buatkan. Bukannya seperti yang
dibuatkan kepada Nabi-Nabi lain terhadap kaum mereka,
tapi yang ini lain dari yang lain. Yakni laut menelan
manusia di bumi. Laut menjadi Naga (ular) Besar yang
menelan mangsa dan ditarik ke laut. Sungguhlah
dahsyatnya penangan mukjizat Nabi Muhammad kepada
musuh-musuhnya di akhir zaman.

Siapakah musuh-musuh itu? Pertama dan utama ialah
Amerika. Masakan anda tidak tahu bahawa Amerika hendak
sangat berada di Asia untuk gagalkan kebangkitan Islam
Hadhari di Malaysia? Masakan anda tidak tahu apa yang
berlaku kepadanya sesudah Tsunami?

Selain itu ada lagi barisan penentang-penentang
kebenaran lainnya yang berbagai kategorinya, yang
semuanya ada disenaraikan dalam buku ini.

Apa selepas Tsunami?
Tuhan akan iringkan kemusnahan dengan suatu
kegembiraan besar buat pencinta-pencinta kebenaran.
Bahawa bilamana Amerika sudah terlalu zalim, sedang
berada di puncak kezaliman di Iraq, maka Tuhan akan
datangkan pembela dan penyelamat. Dia adalah Imam
Mahdi.

Kalau anda kurang percaya, bersabarlah untuk hanya
beberapa ketika lagi, untuk menyaksikan bagaimana
Tuhan menyelesaikan masalah dunia yang siapa pun sudah
tidak mampu ini! Bukankah Tuhan sudah pernah
berkali-kali melakukannya sebelum ini? Atau anda tidak
percayakan Tuhan semampu itu?

Sekali lagi saya nasihatkan untuk menyaksikan semua
itu anda perlu bersabar untuk sedikit masa lagi.
Kejutan yang Tuhan buat pula di Madinah, di musim Haji
Akbar tahun ini, dengan suatu banjir besarnya yang
tidak munasabah itu, boleh dijadikan alasan untuk anda
bersabar untuk menonton skrip Tuhan, bagaimana Dia
melakukan ‘turning point’ kepada watak dunia.
Bersabarlah!

Imam Mahdi itu sebenarnya ayah manusia, untuk
mengembalikan kemuliaan kepada dunia. Janganlah
percayakan segala tohmah yang dibuat tentangnya oleh
golongan-golongan yang amat bimbangkan kedatangannya.
Rasulullah sangat menyebut-nyebutnya dalam banyak
Hadis-Hadis baginda. Sebahagiannya ada dalam buku ini.
Namun, cerita Imam Mahdi ini sudah bersepah-sepah
dibuat oleh penulis-penulis dalam buku mereka yang ada
dijual di kedai-kedai buku. Cubalah dapatkan satu dan
ambil tahulah sesuatu yang sepatutnya anda sangat
tahu. Kelewatan mendapatkan maklumat akan mengundurkan
anda setapak ke belakang. Ruginya!

Kepada mangsa Tsunami, kenalilah Tuhan. Anda akan
jatuh cinta sepenuh hati kepada-Nyadan anda pasti
akana dapatkan semula kebahagiaan dan kasih sayang
yang hilang itu. kerana Tuhan itu lebih utama dari
segala yang hilang. Cuba lihat apa yang sudah berlaku
dalam sejarah. Suatu waktu di sisi Kaabah yang mulia,
seorang wanita begitu asyik bertawaf kepada Allah
dengan sungguh khusyuk sekali. Dicelah-celah barisan
lelaki-lelaki soleh yang juga bertawaf, si wanita
kelihatan begitu bertenaga sekali. Hinggalah akhirnya
semua orang lelaki sudah keletihan dan berehat, namun
si wanita dapat meneruskan juga tawafnya tanpa
letih-letih.

Tertarik dengan perilakunya itu seseorang telah
menyapanya dan bertanya, “Apa rahsianya puan, hingga
tidak letih-letih bertawaf kepada Allah?” Menjawablah
wanita itu, “Suatu hari di dalam hidupku, terjadi
suatu bencana yang telah merampas dariku suami
tercinta dan anak-anak jantung hatiku. Aku kehilangan
seluruh manusia kesayangan dan tinggal sebatang kara
di bumi. Hampir-hampir aku ingin ikut mati bersama
mereka kalau tidaklah Tuhanku telah berkata kepada
hatiku begini:
“Hamba-Ku demi cinta-Ku, Aku ambil semuanya dari-Mu
supaya engkau dapat tumpukan cinta hanya pada-Ku.
Kerana datang ke dunia bukan untuk menyintai dunia
begitu sekali, tapi untuk Aku, Tuhanmu. Supaya di hari
kepulangan nanti kamu selamat dari Neraka-Ku.”

Sambungnya lagi, “Mendapatkan Tuhan aku menemukan
cinta yang begitu agung. Lalu aku tinggalkan tanah
tempat dilahirkan, berjalan ke sisi Kaabah ini. Aku
sedang mengalami satu kebahagiaan bersama Tuhan. Tidak
letih dan tidak lapar rasanya, dengan cinta ini. Aku
cukup dengan Tuhanku. Sedangkan kematian keluargaku
itu pun membuatkan mereka semua sedang berbahagia di
sisi Tuhan. Kalau begitu apa lagi yang perlu
kukesalkan!”

Demikianlah hati wanita itu dibentuk oleh bencana
Tuhan. Dia kemudian meneruskan tawafnya.

Mangsa Tsunami sekelian, kenangi jugalah perihal ibu
agama kita Siti Hajar di detik dia ditinggalkan
sendirian oleh Nabi Ibrahim di padang pasir tandus
bersama si bayi Nabi Ismail, atas perintah Allah,
“Moga-moga Tuhanku tidak sia-siakanku.” Itulah
kata-kata agungnya. Lalu Tuhan melayan tetamu padang
pasir-Nya itu dengan layanan emas sekali, bahawa untuk
merekalah air zam-zam dikeluarkan, yang dunia boleh
menumpang meminumnya hingga ke hari ini.

Lalu marilah kita bersangka baik dengan Tuhan. Bahawa
Dia tidak sedikit pun menzalimi kita kerana Tsunami
ini. Bahkan itulah perhatian dan kasih sayang-Nya
sebenarnya! Kenalilah Dia, anda akan faham betapa
Baiknya Dia dan begitu agung cinta-Nya!

 

*Petikan :  http://www.rufaqa.com/

 

————————————————————————————————-

Satu lagi pembohongan dari US,aku dapat

dari http://groups.yahoo.com/group/falak-

net/message/3517 sorry dah takda gambar…..

 

KEPULAUAN DIEGO GARCIA SELEPAS TSUNAMI

Kepada netters semua, lihatlah pada maklumat yang saya sampaikan ini.

Kepulauan Diego Garcia
latitud: 7°20′ Selatan, longitud: 72°25′ Timur

Kepulauan atoll, Diego Garcia sebenarnya tidak dimusnahkan oleh tsunami pada 26 Disember 2004 lalu. Imej yang diambil oleh satelit IKONOS yang beresolusi 1 meter bagi setiap piksel imej membuktikan bahawa kepulauan ini terselamat dari bencana berkenaan. Tidak menghairankan kenapa kepulauan ini dipilih sebagai tempat selamat yang strategik bagi dijadikan pangkalan tentera Amerika dan British semenjak “perang dingin” dengan Soviet Union dahulu memandangkan ia terletak di atas tembok terumbu karang (coral reef barrier) yang menjadi pengadang kepada gelombang tsunami. Demikian kebijaksanaan tentera penakluk (Amerika dan British) memilih lokasi yang sangat bersesuaian dalam merencanakan segala usaha mereka untuk menjajahi “negara musuh” mereka.

Adalah tidak benar khabar-khabar angin yang mengatakan pangkalan udara yang memberikan kemudahan logistik dan tunjang kepada kekuatan udara Amerika Syarikat bagi menyerang Iraq dan Afghanistan ini telah dimusnahkan oleh tsunami. Di bawah adalah imej yang diambil oleh satelit IKONOS pada 1 Januari 2005 lalu. Silla lihat di http://www.spaceimaging.com

Pangkalan udara yang menempatkan pesawat pengebom Stealth B-2 Spirit yang kalis radar dan juga pesawat pengebom jarak jauh B-52 Stratofortress boleh dicamkan dalam gambar di atas pada pepenjuru kanan bawah.

Kelihatan lima pesawat pengebom B-52 (kiri) dan lapan pesawat pengintipan B-1B Lancer berdekatan hangar pengebom B-2.

Kelihatan tempat perlindungan (shelter) pesawat B-2 bomber di sebelah kiri manakala pengebom B-52 sentiasa berada di atas landasan, bersedia sedia terhadap segala kemungkinan.

Satelit QUICKBIRD dengan resolusi yang jauh lebih baik iaitu 0.61 resolusi piksel imej juga turut merakamkan imej yang sama bagi menyangkal khabar-khabar angin berkenaan. Boleh dicapai di http://www.globalsecurity.org

Ini adalah lambang “Dajjal Mata Satu” yang menjadi simbol Global Security satelit Quickbird selain terdapat pada matawang US Dollar 1. Tidak menghairankan kenapa lambang ini dipilih dan kenapa umat Islam telah diperingatkan betapa di zaman ini tindak tanduk umat Islam sentiasa diawasi sepertimana apa yang telah disabdakan oleh baginda Rasulullah SAW semenjak 1425 tahun yang lalu.

Tetapi apa yang boleh dilakukan oleh umat Islam? Tiada apa, cukup sekadar berpeluk tubuh. Tinggal sedikit hari di mana Iran bahkan Arab Saudi mungkin akan diserang nanti!

Sekadar renungan. Wassalam.

 

————————————————————————————————-

 

Pendapat aku mengapa aku mengatakan

‘PULAU’ ini telah tenggelam:

1) hmm.. semasa orang mula sibuk bertanyakan tentang Diege Garcia, ade beberapa site yg ditutup atas sebab keselamatan katanya.

2) boleh ke aku percaya yang gambar tu dirakan utk tempoh yg terdekat ini..?? kita sedia tahu itu adalah naval base diorang … takkan sesenang nak ambil gambar dan lihat pemandangna disitu… mesti ader PNC utk pualu itu memandangkan fungsinyer sebangai transmit kepada aircraft US.

3) ada satu forum dulu yg nettersnya adalah pilot polit US / Britain dan beberapa yg lain tgh hangat membincangkan topik ni.. tup tup…. dah tutup.(maaf tak ingat sumber)

4) percanggahan maklumat…. dia kata disebabkan lautan yg paling di sekeliling pulau tersebut dlm, jadi tsunami berkurangan… hanya menghasilkan tidal wave sekitar 6 kaki… masalahnya purata ketinggian daratan pulau tu cuma sekita 4 kaki sahaja..then..???

5) katalah memang la laut tu dalam….. dan kesam tsunami tu berkurangan..?? macam mana somalia dan beberapa negara africa masih lagi boleh merasai kesan tsunami tersebut..?? that weid… really weird…

tapi dah fakta yg ada kata camtu .. aku terima la .. dah namanya fakta..

 

*Rujukan : Bincang.net