Pemerintah Uthmaniyah terakhir – Sultan Abdul Hamid Ke2.

 

Photobucket

Sultan Abdul Hameed Kedua telah dilahirkan pada hari Rabu, 21 September 1842. Nama penuhnya adalah Abdul Hameed Khan Kedua Bin Abdul Majid Khan. Ia adalah putra dari Sultan Abdul Majid (dari isteri keduanya) Ibunya meninggal dunia ketika ia berusia 7 tahun. Abdul Hameed bertutur dalam bahasa Turki, Arab dan Parsi dan dia belajar beberapa buku kesusasteraan dan puisi. Ketika Abdul Majid ayahnya meninggal, bapa saudaranya, Abdul Aziz menjadi Khalifa. Abdul Aziz yang tidak lama berkuasa. Dia dipaksa keluar dari kekuasaan dan kemudian dibunuh oleh musuh-musuh politik Uthmaniyyah. Penggantinya adalah Sultan Murad, anak Sultan Abdul Aziz, tetapi dia juga disingkirkan daripada kuasa dalam masa yang singkat kerana ia tidak sesuai untuk berada di pejabat.

Pada 31 Ogos 1876 (1293 H) Sultan Abdul Hameed diangkat menjadi Khalifah, dan penduduk2 memberi jaminan akan setia kepadanya. Dia ketika itu berusia 34. Abdul Hameed menyedari, seperti tercatit dalam dairinya (buku hariannya), bahawa pada masa pembunuhan bapa saudaranya, dan perubahan yang menjalar dalam kepimpinan adalah semacam konspirasi terhadap negara Islam.

Abdul Hameed memiliki karakter sejarawan yang mendalam. Dia dipertanggung-jawabkan untuk memimpin sebuah negara besar yang berada dalam situasi tegang dan kritikal. Dia menghabiskan lebih dari 30 tahun dengan konspirasi dalaman dan luaran, perang, revolusi, peristiwa dan perubahan yang berterusan (constant). Abdul Hameed sendiri menyatakan perasaan ini dalam tulisan-tulisannya dan puisi. Berikut ini adalah contoh dari puisi tulisan tangan, yang diambil dari buku “Bapa-Ku Abdul Hameed,” ditulis oleh putrinya Aisha.

Photobucket

Terjemahan puisi,

Allah aku tahu Kau adalah Satu yang terhormat
dan tidak ada seorang pun kecuali Kau hanyalah Satu
Kau hanyalah Satu, dan tiada yang lain
Allah mengambil tangan dalam masa saya sukar
Allah menjadi penolong ketika saya kritikal

Masalah pertama yang Abdul Hameed hadapi ialah Midhat Pasha. Midhat Pasha secara rahsia terlibat dalam pembunuhan bapa saudara Abdul Hameed. Ketika Abdul Hameed mendapat kuasa, dia melantiki Midhat Pasha sebagai Ketua Majlis Menteri kerana pada ketika itu Midhat sangat popular dan Abdul Hameed memerlukannya sebagai keyakinan untuk tetap berkuasa. Midhat Pasha adalah gabenor yang baik, tetapi ia berpendirian. Midhat Pasha disokong kuat dalam dewan Shura (parlimen). Dengan sokongan orang-orang Shura dia berjaya mendapat kelulusan resolusi untuk berperang melawan Rusia. Abdul Hameed tidak dapat menghalang keputusan yang kuat itu. Jika ia cuba menghalang kemungkinan ia akan dibuang dari pejabatnya itu. Dewan Shura masih ingin menyalahkan dia keatas semua kerugian yang berlaku hasil dari kesilapan perang tersebut. Sebenarnya Abdul Hameed tidak mahu peperangan pada masa itu. Negara Islam terlalu letih dengan penglibatan peperangan yang banyak. Abdul Hameed mampu menggunakan kuasanya terhadap Midhat Pasha untuk mengurangkan populariti Midhat. Dia akhirnya berjaya menyelesaikan populariti Midhat dengan mengambil tindakan membuang daerah. Midhat telah diasingkan dan dihantar ke Eropah. Rakyat jelata dan ahli politik menyambut baik tindakan tersebut dengan penuh rasa gembira.

Setelah itu, Abdul Hameed mula memberi tumpuan kepada musuh2 Negara Islam Uthmaniyyah. Dia dapat meramalkan kebangkitan Revolusi Komunis di Rusia, dengan kebangkitan ini akan membuat Russia lebih kuat dan lebih berbahaya. Pada ketika itu, bahagian negara Balkan menghadapi dua bahaya, iaitu Russia dan Austria. Abdul Hameed cuba membangkitkan Balkans bagi menyedarkan mereka tentang bahaya yang bakal menimpa. Dia hampir mendapat kesepakatan dengan negara2 Balkan, tetapi ketika perjanjian tersebut berada di tahap akhir, 4 negara Balkan memilih perjanjian berasingan untuk tidak termasuk di bawah negara Uthmaniyah. Perubahan tersebut adalah datangnya dari pengaruh Barat dan pengaruh Rusia yang lebih kuat.

Photobucket
Keluasan empire Uthmaniyah

Abdul Hameed menyedari bahawa konspirasi untuk menghancurkan negara Uthmaniyah adalah lebih besar dari apa yang terfikir. Itu dari kedua-dua belah pihak baik dari dalaman mahupun dari pihak luar. Dia fikirkan dengan menyingkirkan Midhat Pasha buat selama-lamanya boleh membuatkan dia senang hati, tapi sebaliknya dia berhadapan dengan Awni Pasha, ketua Majlis Menteri-menteri (Alsadr Alazam) dan salah seorang pemimpin tentera. Kemudian Abdul Hameed mendapat tahu bahawa Awni Pasha telah mengambil wang dan hadiah dari Inggeris, ganjaran bagi peranannya dalam pembunuhan Abdul Aziz (bapa saudara Abdul Hameed) telah terbongkar.

Awni Pasha mendorong memaksa negara Uthmaniyyah untuk berperang dikenali perang Bosnia di mana ia bertentangan dengan kehendak Abdul Hameed. Abdul Hameed tahu bahawa jika berlaku peperangan Bosnia, negara2 Rusia, Inggeris, Austria-Hungary, Serbia, Montenegro, Itali dan Perancis akan semua menyerang negara Uthmaniyyah dan pasti mereka menawan kembali Bosnia. Awni memberi maklumat salah kepada Abdul Hameed tentang saiz tentera Uthmaniyyah di Bosnia. Dia mengaku memiliki 200,000 askar yang bersiap sedia. Namun, selepas Abdul Hameed periksa dengan jeneral tenteranya yang lain dan mendapati ia hanya punya 30.000 askar, untuk berdepan dengan lebih dari 300,000 tentera.

Pada waktu itu orang ramai mencintai Awni dan Abdul Hameed tidak dapat menghapuskan dia dari pejabat kerana akan membahayakan kestabilan dalam negara. Negara barat, menyedari bahawa mereka boleh menang menyerang Uthmaniyah dengan bantuan sokongan daripada 4 negara Bulkan (Romania, Montenegro, Serbia, Austria-Hungary). Akibatnya, Bosnia dan Greece telah terlepas dan terpisah dari negara Uthmaniyah. Abdul Hameed telah membongkar kesalahan Awni dan kemudian menyingkirkannya. Masyarakat menerima langkah ini. Mahkamah mendapati ia bersalah atas tuduhan konspirasi terhadap negara Uthmaniyah dan membantu kuasa asing, seperti Inggeris.

Photobucket
Istana Yieldz, ibupejabat kerajaan Khalifah Islam Uthmaniyah.

Photobucket

Photobucket
Gambar Baitulmuqaddis sekitar tahun 1940.

Kejatuhan Khalifah Uthmaniyah (Barat merujuk dia sebagai orang sakit) di Eropah yang paling ketara (terkemuka) disebabkan ramainya orang ingin menjadi pembelot, tetapi tidak termasuk orang-orang Yahudi.
Pada tahun 1901 banker Yahudi Mizray Qrasow dan dua pemimpin berpengaruh Yahudi yang lain datang untuk melawat Abdul Hameed, mereka menawarkan untuk memberinya:

1) Membayar SEMUA hutang negara Uthmaniyyah.
2) Membangun Tentera Laut negara Uthmaniyyah.
3) 35 Juta Golden Leeras tanpa bunga untuk menunjang kemakmuran negara Uthmaniyyah.

Sebagai ganjaran untuk;

1) Membenarkan orang Yahudi untuk melawat Palestin pada bila-bila masa mereka kehendaki, dan tinggal selama yang mereka inginkan “untuk melawat tempat-tempat suci.”
2) Membenarkan orang Yahudi untuk membina penempatan tempat tinggal mereka, dan mereka mahu berada berhampiran Jerusalem (Baitulmuqaddis).

Abdul Hameed menolak tawaran itu malah enggan bertemu dengan mereka. Ia menghantar jawapan kepada mereka melalui Tahsin Pasha, dan ini jawapannya “Katakanlah kepada orang-orang Yahudi yang tidak bersopan bahawa hutang negara Uthmaniyah tidak memalukan, Perancis mempunyai hutang dan yang tidak ada kesannya. Baitulmuqaddis menjadi sebahagian dari tanah Islam ketika Umar Bin Alkhattab mengambil kota itu dan saya TIDAK akan memalukan sejarah Islam menjual tanah suci kepada Yahudi dan TIDAK akan mengkhianati tanggung jawab dan kepercayaan yang diberikan oleh orang-orang saya. Yahudi boleh simpan wang mereka, Uthmaniyah tidak akan bersembunyi di dalam istana yang dibina dengan wang musuh-musuh Islam.” Dia juga menyuruh mereka pergi dan tidak akan kembali lagi untuk bertemu dengannya.

Dengan permainan(percaturan strategi) orang-orang Yahudi dan Zionis dalam menentukan tamatnya negara Uthmaniyah kini sudah bermula. Wang2 Yahudi adalah aset penting bagi membiayai penghancuran negara Uthmaniyah untuk membina negara Zionis di Palestin, negara yang orang-orang Yahudi sangat inginkan dan mereka bersedia mengambil risiko walau apa pun terjadi.

Photobucket

Photobucket
Masjid Al Aqsa dibakar selepas ia jatuh ke tangan Zionist.

Orang Yahudi tidak berputus asa, kemudiannya pada tahun yang sama, tahun 1901, pengasas Zionist, Theodor Hertzil melawat Istanbul dan cuba bertemu Abdul Hameed. Abdul Hameed menolak untuk bertemu dengannya dan ia memberitahu Ketua Majlis Menteri “Nasihatkan Hertzil supaya tidak lagi mengambil langkah lebih lanjut dalam projek itu. Aku tidak boleh memberikan segenggam tanah kerana tanah ini bukan milik saya, itu untuk semua Bangsa Islam. Orang Islam telah berjuang berjihad demi tanah ini dan mereka telah disiramkan dengan darah mereka. Orang Yahudi boleh menyimpan wang mereka yang berjuta-juta itu. Jika Kerajaan Khalifah Islam suatu hari hancur kemudian mereka akan boleh mengambil Palestin tanpa sebarang harga Tetapi sementara aku masih hidup, aku lebih suka membenam pedang ke tubuhku daripada melihat tanah Palestin dibahagi-bahagikan dan diberikan keluar dari Negara Islam. Ini adalah sesuatu yang tidak akan, aku tidak akan membiarkan memotong tubuh sendiri sementara kita masih hidup. ”
Selepas itu, orang2 Yahudi beralih kepada British untuk mengejar impian mereka supaya menjadi kenyataan.

Photobucket
Theodore Hertzil pengasas gerakan zionist.

Photobucket
Bendera Israel dan bintang 6 ialah simbol zionist.

Photobucket
Jarak kedudukan negara Inggeris dan Perancis (France) dari empayar Uthmaniyah (Ottoman).

Inggeris dan Perancis sudah bersedia untuk memusnahkan Negara Uthmaniyah, tetapi mereka (semua rakyat Eropah) masih cukup gementar dengan perkataan “jihad” yang dilaungkan tentera Uthmaniyah (Barat gelar mereka Sick Man Of Eropah). Inggeris memutuskan untuk menggunakan dasar yang paling penting iaitu dasar luar negera, menawan dan membahagi. Hal ini disokong kumpulan-kumpulan baru seperti Turki Muda dan Arab Muda.

Ketika golongan Turki Muda menjadi semakin kuat di negara Uthmaniyyah, Inggeris tidak perlu melakukan apapun lagi, golongan Muda Turki akan melakukan seterusnya. Mereka mulai menaikkan semangat kebangsaan dan perasaan syak wasangka kepada rakyat Turki dalam Negara Islam. Sebagai tindak balas kepada bangsa Arab, Armenia, Kurdish dan bangsa2 lain untuk menaikkan perasaan kebangsaan(maruah bangsa) mereka masing-masing.

Sebahagian daripada rakyat sudah mulai merasa bahawa bangsa mereka tidak lagi menjadi sebahagian daripada negara Uthmaniyah. Dari situlah bermulanya kejatuhan negara Islam. Rakyat berlaianan keturunan bermusuh sesama sendiri dan menuntut kemerdekaan. Kemudian diikuti dengan Perang Dunia I, di mana orang Arab bekerjasama dengan Bristish dan Perancis untuk memberontak melawan Negara Uthmaniyyah. Tetapi kemudiannya mereka dikhianati oleh Inggeris dan Perancis dan menakluk negera mereka.

Photobucket
Istana Al Azem

Abdul Hameed tidak melupakan pembangunan negaranya. Bia banyak membina institusi2 dan pusat perkhidmatan masyarakat seperti pasar Hamedi dan istana Alazem di Damsyik. Dia juga membina banyak masjid2, tempat2 mandi awam, pasar2 dan rumah2 sakit di Kaherah, Demscus, Sanaa, Baghdad dan seluruh bandar2 Islam. Dia juga memberi perhatian kepada pembangunan sistem pendidikan. Uthmaniyah cuba meniru sistem pendidikan Eropah, namun mereka gagal, kecuali di dalam dua bidang, iaitu bidang perubatan dan bidang ketenteraan. Tentera Uthmaniyah tidak selemah yang orang hari ini, fikirkan. Bala tentera meriam(artillary) Uthmaniyah adalah yang terkuat di dunia. Tentera Laut Uthmaniyah sangat terancang dengan baik dan menduduki tempat ketiga armada yang terkuat di dunia selepas Inggeris dan Perancis. Banyak industri muncul seperti kilang senjata, tenunan benang dan kain serta kilang gula. Sistem jalanraya telah diperbaharui, dan pelabuhan2 diperluaskan. Banyak syarikat2 akhbar (newsprint) baru ditubuhkan. Semasa sebelum Perang Dunia Pertama, Mesir, Iraq dan Great Syria telah mempunyai lebih dari 1,300 surat khabar dan majalah.

Akhirnya dalam masa yang sengkat rakyat empayar Uthmaniyah nampak seperti bangun semula untuk perkukuhkan pertahanan negara, tetapi sekutu-sekutu Barat bertekad untuk menghancurkan kesatuan Islam dengan apa-apa kos. Penduduk2 minoriti bukan-Islam di negara Uthmaniyah digunakan oleh Barat untuk mencipta masalah dan menimbulkan ketidakstabilan, terutamanya warganegara beragama Kristian. Negara-negara barat selalu campur tangan dengan dasar domestik Uthmaniyah dengan alasan “melindungi minoriti Kristian.”

Barat juga melancarkan kempen menaikan imej Kristian di dunia Islam dengan membina sekolah2 Kristian dan gereja2. Tumpuan utama untuk meraih orang2 Islam menjauhi Islam dengan menyebarkan atau menwar-warkan budaya sosial bertentangan dengan Islam dan juga idea-idea bertentangan di dalam akhbar2 atau majalah2. Banyak syarikat2 pencetakan ditubuhkan bagi tujuan yang sama, untuk meracuni fikiran kaum muslimin dan menyebarkan idea-idea memusnah dan salah faham di antara mereka.

Barat juga membuatkan negara Uthmaniyah sibuk dengan pelbagai masalah dan dengan itu menggunakan minoriti untuk menggalakkan bangsa Armenia memberontak dan mereka membiayai kos revolusi. Inggeris membantu Druz dan Perancis membantu Maronit di Lubnan, dan mereka berdua terlibat dalam peperangan besar yang terpaksa diselesaikan dengan campurtangan tentera Uthmaniyah. Masalah lain ialah antara Muslim dan Kristian berlangsung, dan kadang2 pada suatu masa penduduk Islam di Damsyik mahu menghapuskan penduduk Kristian. Tentera Uthmaniyah sekali lagi masuk campur di saat-saat akhir bagi mengelak pembunuhan dari berlaku. Era konflik antara agama terus-menerus berlaku antara konspirasi Barat dan pertahanan Abdul Hameed dan semua kaum2 muslimin yang setia.

Juga penting untuk menyatakan bahawa hutang negara Uthmaniyah, ketika Abdul Hameed mula berkuasa, adalah 2,528 juta Uthmaniyah Leera emas. Selepas ia dijatuhkan dari kekuasaannya, hutang negara Uthmaniyah hanya 106 juta Leera. Yang bererti ia telah mengurangkan jumlah hutang kepada sekitar 1 / 20 daripada nilai asal. Golongan Turki Muda, yang naik memerintah selepas Abdul Hameed, menambahkan semula hutang negara pada kadar 1300%.

Dengan kejayaan membayar balik hutang, prestasi Abdul Hameed telah digambarkan(dituduh) tidak akan dapat berbelanja untuk tujuan pembangunan. Tetapi tuduhan itu tidak benar. Abdul Hameed telah memasang jaring telegraf (telephone line) antara Yaman, Hijaz, Great Syria, Iraq dan Turki. Lalu kemudiannya ia disambungkan ke baris jaringan telegraf di Iran dan India. Dia berjaya mendapatkan kembali kos projek dalam masa hanya dua tahun kerana penggunaan yang meluas jaringan ini oleh jemaah2 Haji (orang-orang yang pergi ke Mekah untuk menunaikan ibadat haji).

Abdul Hameed sedar bahawa satu-satunya harapan bagi umat Islam adalah dengan cara bersatu-padu untuk menjadi umat Islam yang kuat. Abdul Hameed telah menjangkakan bahawa Barat akan cuba untuk memisah-misahkan negara Islam dan kemudian berurusan secara terus dan berasingan dengan negara2 Islam yang terpisah itu. Satu-satunya cara untuk mencegah dari berlaku adalah melalui penyatuan semua umat2 Islam.

Abdul Hameed memutuskan untuk menunjulkan bahawa kekhalifahan Uthmaniyah sebagai mewakili kepimpinan Dunia Islam. Abdul Hameed mampu menyentuhkan perasaan dan mempengaruhi umat Islam di India dan Pakistan dan ini menyebabkan beberapa masalah kepada Inggeris. Keputusan yang sama telah diambil untuk umat Islam di Rusia dan di republik-republik Soviet selatan lain. Abdul Hameed juga telah gunakan umat Islam untuk berikan tekanan kepada Rusia.

Pada saat ini, (apa yang tercatat di dalam buku harian Abdul Hameed) bahawa dia merasa dinding sedang jatuh ke atas dirinya, dan dia merasa dia bersendirian. Dia tidak mampu melawan musuh-musuh negara Islam secara bersendirani. Ia kemudiannya mula bersekutu dengan Jerman, tapi itu juga tidak memadai (berbaloi), kerana Jerman juga menginginkan sebahagian dari negara Uthmaniyah. Pada waktu itu Sultan Abdul Hameed telah merasa bahawa peperangan besar-besaran sudah hampir tiba. Dan jelas, dengan sisa-sisa negara Uthmaniyah yang masih setia akan dipertahankan dan diperjuangkan.

Abdul Hameed memerlukan sesuatu yang besar, sesuatu yang kuat, sesuatu yang boleh membangkitkan semangat perpaduan umat Islam di hati setiap kaum muslimin di seluruh dunia Islam. Abdul Hameed mencari-cari caranya dan akhirnya membuat keputusan untuk menbinakan landasan keretapi Hijaz Rail (1900). Jalan kereta api menghubung Damsyik ke Madinah, dan dari Aqaba ke Maan. Landasan ini menjadi lambang kepada penyatuan(perpaduan) Islam. Semua umat Islam yang menggunakan landasan keretapi ini untuk menunaikan Haji akan merasa bahawa Khalifa Uthmaniyah berusaha untuk membawa mereka lebih akrab, dengan adanya sistem telegraf baru yang paling canggih dan jalan keretapi untuk kemudahan mereka.

Rakyat Islam mulai merasa mereka dihormati dan dihargai dan mereka berterima kasih kepada Kerajaan Uthmaniyah. Pembiayaan pembinaan landasan keretapi telah dapat kembali pulangan dalam beberapa tahun sahaja. Ia juga berperanan sangat penting untuk menghubung beberapa daerah di negara Islam. Juga digunakan sebagai pusat pengangkutan pantas bagi tujuan unit2 tentera.

Abdul Hameed juga melancarkan kempen penyebaran idea2 Islam bagi tujuan sokongan kepada penyatuan Islam di Rusia selatan, India, Pakistan, dan Afrika. Dia mulai mengundang ramai sarjana Islam dari Indonesia, Afrika dan India untuk datang ke negara Uthmaniyah untuk program membina masjid dan institusi Islam di seluruh dunia Islam.