Adanya kubur Yahudi di Jalan Yahudi, Pulau Pinang membuktikan bahawa bangsa Yahudi ada di Malaysia sehingga sekarang khususnya di Kuala Lumpur. Walaupun minoriti, tetapi yang sedikit ini adalah beragama Judais, jika beragama lain mungkin lebih ramai.

 

Dalam laman web milik Andrew Harris (seorang Yahudi Australia), penulis serta juru gambar bebas, beliau telah menemuramah seorang ahli perniagaan berbangsa Yahudi yang menetap di Malaysia serta mempunyai kilang perusahaan sendiri di Kuala Lumpur.

Di dalam temu ramah bersama pemilik Malaysia Chabad Home iaitu Gary Braut, Andrew bertanyakan beberapa soalan berkaitan kehidupan mereka sebagai Yahudi di Malaysia. Dalam temu ramah itu juga Andrew mendedahkan Braut pernah beberapa kali berjumpa Dr. Mahathir serta mengenali rakan sekuliah Dr. Mahathir yang berbangsa Yahudi iaitu Dr. Yahya Cohen ketika menuntut di Universiti Malaya, Singapura.

Seperkara yang amat menarik perhatian ialah tentang pendedahan Braut bahawa Dr. Mahathir, ketika menjadi Perdana Menteri pernah membenarkan pelajar-pelajar dari Israel membuat lawatan dan berjumpa dengan pelajar-pelajar di Malaysia. Ketika lawatan tersebut berlaku, Perdana Menteri Israel ialah Yitzak Rabin.

Sebenarnya, lawatan tersebut berlangsung pada 3 hingga 16 Mac 1997 yang disertai 16 belia Israel lelaki dan perempuan. Delegasi pelajar dari sekolah tinggi Israel itu mengadakan lawatan di dua buah sekolah sekitar Kuala Lumpur. Delegasi itu juga mengadakan perjumpaan bersama Menteri Pendidikan dan beberap pegawai tinggi kerajaan.

Beberapa hari selepas itu, pasukan kriket Israel pula datang membuat perlawanan persahabatan dan ianya disambut dengan demonstrasi masyarakat awam yang menentang kedatangan pasukan tersebut. Malangnya, sebahagian pendemostrasi ditahan oleh pihak keselamatan (lihat The Straits Times edisi 5 dan 9 April 1997)

(Gambar) bahagian kilang milik Gary Braut juga terdapat bingkai ayat Al-Quran. Mungkin Braut juga tahu serba sedikit bahasa Arab dan memahami budaya umat Islam Malaysia.

(Gambar) Rumah Braut di Kuala Lumpur.

Kata Braut tentang keadaan kehidupannya di Malaysia perlu kita perhatikan, katanya;

“More comfortable than Brooklyn, that’s for sure.”

P/S: Artikel ini sekadar membuktikan adanya Yahudi bermastautin di Malaysia. Dan ia juga membuktikan Yahudi selesa di negara Islam tetapi umat Islam sentiasa diundang bahaya di negara Nasrani dan Yahudi.

 

Rujukan:ibnuyaacob.com