Keindahannya bagaikan hamparan sebuah lukisan. Itulah Lexiaguo iaitu daerah  terpencil yang terletak di Barat Daya Kunming , ibu negeri  wilayah Yunnan di China. Namun disebabkan kedudukannya yang terpencil dan kekurangan kemudahan asas dan penginapan kawasan ini tidak tersenarai di dalam peta perlancongan China.

Keistimewaan utama kawasan ini ialah disebabkan oleh keadaan tanahnya yang berwarna kemerahan yang tidak terdapat di tempat lain di negara China. Selain itu dengan kedudukannya yang terletak 2600 kaki di atas paras laut dan kesuburannya menyebabkan tiada seincipun tanah di kawasan tersebut terbiar, kesemuanya di usahakan dengan pelbagai tanaman yang berwarna-warni.

Namun disebabkan kekurangan kemudahan asas serta kemudahan penginapan untuk pelancong menyebabkan tidak banyak agensi perlancongan yang sudi membawa pelancong ke kawasan tersebut.

Tiada kata mampu terucapkan, biarlah gambar di bawah sahaja berkata-kata Subhanallah

 

Setiap inchi tanah diusahakan

Keindahan kawasan beralun di pergunungan Yunnan

Alunannya sungguh mengasyikkan

Alunan aneka warna yang memukau

Kepelbagaian warna yang disebabkan oleh kepelbagaian jenis tanaman

Setiap petak ditanam dengan tanaman yang berbeza

Indah dan mengasyikkan

Pada September bunga-bungaan mula berkembang mekar.Waktu yang paling sesuai untuk melawat ialah pertengahan bulan November

Gabungan langit kebiruan dan aneka warna di daratan yang memukau

Masih menggunakan keldai sebagai kenderaan pengangkutan

Seumpama sebuah melodi

Aneka warna...bergantung pada musim,masa dan jenis tanaman

Adunan warna yang mengasyikkan

Tetap indah walaupun sudah menghampiri senja

Ketika menghampiri senja

Berlatar belakangkan pelangi

Lexiaguo bermaksud tempat yang berwarna-warni yang indah

Sebua pekan di Lexiaguo

Cahaya matahari yang menyinari tanaman menghasilkan warna yang sungguh indah

Sebuah pertempatan penduduk yang berlatarbelakangkan pemandangan yang indah