Sistem jalan raya di dunia secara lazimnya terbahagi kepada 2 iaitu left-hand drive (LHD) dan gak right-hand drive (RHD).

Left-hand drive system

  • Kenderaan dipandu di lorong kanan di jalan raya
  • Tempat duduk pemandu adalah di sebelah kiri
  • Kat lebuhraya, lorong paling kanan adalah lorong paling perlahan manakala lorong paling kiri adalah lorong paling laju

Right-hand drive system

  • Kenderaan dipandu di lorong kiri di jalan raya
  • Tempat duduk pemandu adalah di sebelah kanan
  • Kat lebuhraya, lorong paling kiri adalah lorong paling perlahan manakala lorong paling kanan adalah lorong paling laju

Negara-negara yang mengamalkan sistem LHD ialah:-

  • Amerika Syarikat kecuali US Virgin Islands
  • Hampir keseluruhan Benua Amerika
  • Hampir keseluruhan benua Eropah kecuali Britain
  • Negara-negara Timur Tengah
  • Negara-negara Afrika Utara
  • Filipina
  • Taiwan
  • Rusia
  • China kecuali Hong Kong

Negara-negara yang mengamalkan sistem RHD ialah:-

  • Britain
  • Hampir kesemua negara-negara Komanwel British kecuali beberapa negara seperti Kanada
  • Kebanyakan negara di selatan Afrika
  • Negara-negara Asia Selatan
  • Negara-negara Asia Tenggara kecuali Filipina dan negara-negara Indochina
  • Hong Kong
  • Jepun
  • Australia
  • Oceania dan kebanyakan negara kepulauan Lautan Pasifik
  • US Virgin Islands