Hari ini genaplah 3 tahun Allahyarhamah ibu ku pergi meninggalkan aku dan adik-beradikku semua.. 12.9.2007 adalah tarikh yang tidak mungkin dapat aku lupakan, tarikh yang amat hampir dengan tarikh dimana aku dilahirkan ke dunia yang penuh dengan tipu daya ini. Terasa seperti baru sebentar tadi aku mengucup tangan mulia ibuku itu… Bagiku segala memori bersama insan teristimewa ini adalah cukup indah.. amat indah.. dari sinilah bermulanya perkenalan aku dengan makna disebalik perkataan B.E.R.D.I.KA.R.I. yang selama ini tidak pernah aku ambil peduli. Terima kasih Mak… Semoga rohmu tenang disisi-Nya dan di tempatkan dikalangan Hamba-hamba-Nya yang beriman.. Amin.. Aku yakin.. Amat yakin! di situlah tempatmu insan yang terbaik di sisi anak-anak dan juga pencipta.
Ibu…
Kau lah bahagia, bagiku…
Kau lah kasihku, bagiku…
Kau lah sayangku, bagiku…
Kau lah jiwaku, bagiku…
Kau lah Ibuku, bagiku…
Mak…
Bila dahaga, yang susukan aku… Mak
Bila lapar, yang suapkan aku… Mak
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku… Mak
Kata mak, perkataan pertama yang aku sebut… Mak
Bila bangun tidur, aku cari… Mak
Bila nangis, orang pertama yang datang… Mak
Bila nak bermanja, aku dekati… Mak
Bila nak bergesel, aku duduk sebelah… Mak
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya… Mak
Bila nakal, yang memarahi aku… Mak
Bila merajuk, yang memujukku cuma… Mak
Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah… Mak
Bila takut, yang tenangkan aku… Mak
Bila nak peluk, yang aku suka peluk… Mak
Aku selalu teringatkan… Mak
Bila sedih, aku mesti telefon… Mak
Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu… Mak
Bila bengang.. aku suka luah pada… Mak
Bila takut, aku selalu panggil… “Mmaaakkkk!”
Bila sakit, orang paling risau adalah… Mak
Bila nak exam, orang paling sibuk juga… Mak
Bila buat hal, yang marah aku dulu… Mak
Bila ada masalah, yang paling risau… Mak
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni… Mak
Yang selalu masak makanan kegemaranku… Mak
kalau balik ke kampung, yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk… Mak
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku… Mak
Yang selalu berleter kat aku… Mak
Yang selalu puji aku… Mak
Yang selalu nasihat aku… Mak
Bila aku “Clash” dengan awek… aku menangis di riba… Mak
Bila nak kahwin, orang pertama aku tunjuk dan rujuk… Mak

Mak… Mak.. mak lah mak yang terbaik buat saya, mak lah yang telah mengajar saya berbagai-bagai ragam dan rencah hidup di dunia. Mak jugalah yang telah mengajarkan saya ‘alif, ba, ta’, 1 + 1 = 2, ‘a, b, c’Mak jugalah yang mengajarkan saya mengenal Iqra’, Muqaddam, kemudian mengajar saya mengenal hukum-hukum Tajwid Al-Qur’an. Kerana berkatnya didikan mak untuk saya, sekarang saya sudah dapat mengenal apa itu dunia. Terima Kasih Mak…
Mak! Kau lah bahagia, bagiku!!
Kasih mu, mustahil untuk dicari ganti di dunia ini.

Mak! Terima Kasih atas segalanya yang telah engkau curahkan kepada ku!


p/s : Source from feedyoursoul84