1. Saya tengah meeting ni, panggil balik kemudian dan lepas tu jangan harap nak angkat call.

2. Saya dalam toilet uh.! uh..!

3. Maaf cakap slow-slow, tolong ulang balik, saya tengah salin semula apa awak cakapkan ni.Kemudian biar dia cakap sorang-sorang anda boleh buat kerja lain dulu.

4. Saya tengah sibuk ni, boleh beri nombor rumah awak? Malam nanti saya call semula. Mesti diaorang macam mengelak,  lepas tu cakap kat diaorang –  “saya agak awak mesti tak mahu diganggukan? so, macam tu yang saya rasakan sekarang.”

5. Berpura-pura yang memanggil tu kawan anda, contohnya; “Ala dah la Ajoi tak lawak pun”, “Ajoi ni kan? Apa khabar Wak Sumardi? “

6. Jika telemarkerter tu wanita, dan anda pula lelaki, ajak dia kahwin. Diaorang mesti pening dan cakap dengan diaorang bahawa anda tidak boleh memberi nombor kad kredit anda untuk orang asing begitu saja.

7. Jika dia memperkenalkan diri bahawa dia Ajoi dari Syarikat XYZ, minta mereka untuk mengeja nama mereka. Kemudian minta mereka untuk mengeja nama syarikat. Kemudian bertanya kepada mereka di mana dia berada. Teruskan meminta mereka soalan-soalan personal atau soalan mengenai syarikat mereka untuk selama diperlukan sehingga diaorang yang naik boring seperti “ada kerja kosong tak?”, “berapa komisyen satu sale?”, “anak awak dah sekolah?” dsb.

8. Masa mula-mula diaorang bertanya khabar, jawab dengan mereka ” Saya tengah demam teruk ni” , “saya dalam klinik” . “kucing saya baru mati…” dsb.

9. Alamak, bateri handphone saya dah nak abis, call esoklah.

10. “Halo! Halo! Tak clear! Tak Dengar lah! tut tut tutttt..

Teknik di atas untuk telemarketer sahaja, bukan dari pihak bank atau yang menuntut hutang… hutang mesti dibayar bai!