Sekarang ini empangan Three Gorges yang merupakan empangan terbesar di dunia telah menjadi takungan sampah yang cukup banyak setelah China dilanda banjir besar baru-baru ini. Empangan Three Gorges yang mengambil masa 9 tahun untuk disiapkan dibangunkan untuk kegunaan membekalkan tenaga elektrik yang mesra alam kepada berjuta-juta rakyat China.

Ketebalan sampah sarap yang terkumpul di empangan sehingga membolehkan anda boleh berdiri di atasnya. Rekod persekitaran di China sejak akhir ini agak melampau catatannya yang mana terdedah kepada pencemaran besar-besaran, hujan asid dan sungai tercemar.

Three Stoges mempunyai tembok sepanjang 1.4 kilometer hanya beroprasi sepenuhnya tahun lalu dan 26 turbin yang ada mampu membekalkan sebanyak 18,000 megawatt. Masalah bertambah buruk apabila sampah sarap ini telah menutup 3 daripada 9 saluran pelepasan air yang terdapat pada empangan ini.

Pembinaan empangan terbesar di dunia ini memaksa satu juta penduduk sekitar diarahkan berpindah semata untuk mencipta struktur raksasa di China