Baca pernyataan di bawah ini terlebih dahulu ..

AMARAN : Artikal ini adalah pendapat peribadi penulis sahaja ,ia tidak semestinya benar ,anda di nasihati supaya menggunakan budi bicara masing-masing apabila menilai artikal ini .

Katakanlah sekiranya benar Umur Ummat Islam ini hanya 1500 tahun sahaja bermula dibangkitkan Muhammad s.a.w sebagai rasul sehingga terbitnya matahari dari sebelah barat maka ….( Kronologi Akhir Zaman ini saya tuliskan secara terbalik …)

Pada umur yg ke 1500 tahun @ 1487 Hijriah : Matahari terbit dari sebelah barat yg menandakan masa sudah tamat untuk ummat ini . Ummat Islam amat bertuah walaupun masa sudah tamat tempoh beramal ,mereka masih lagi beriman dan menjalani syariat Nabi Muhammad s.a.w . Berbanding ummat-ummat yg terdahulu tempoh mereka terpaksa ditamatkan kerana mereka sudah menyeleweng drp ajaran yg sebenar cth Kaun Yahudi dan Nasrani ,buktinya pengubahsuaian kitab-kitab mereka yg menyebabkan pengikutnya tersesat dan tertipu .

Pada umur yg ke 1499 tahun @ 1486 Hijriah : Allah s.w.t menggeluarkan Ya’juj dan Mak’juj yg nisbahnya 1:999 iaitu seorang manusia yg bertamadun bersamaan 999 orang Ya’juj dan Ma’juj .

Pada umur yg ke 1459 tahun @ 1446 Hijriah : Nabi Isa a.s beserta kaum muslimin memerangi Bangsa Ajam diseluruh dunia dan membuat penyebaran dakwah Islamiah ke pelusuk dunia .Tidak ada sebuah rumah pun yg tidak di masuki SYIAR ISLAM .
Pada umur yg ke 1458 tahun @ 1445Hijriah : Nabi Isa a.s beserta kaum muslimin memerangi Dajjal dan baki kaum Yahudi Elit seramai 70,000 orang tentera . Peperangan ini dibantu oleh batu dan pokok ,sekiranya seorang tentera Yahudi menyorok dibelakang pokok atau batu ,maka pokok atau batu itu akan berkata ” Wahai Muslim dibelakangku ini ada Yahudi maka bunuhlah ia ”
Pada umur yg ke 1460 tahun @ 1447 Hijriah : Allah menurunkan Nabi Isa a.s ke bumi antara misinya ialah membunuh Dajjal ,kemudian membunuh **** , menghapuskan Jizyah , menghapuskan punca-punca peperangan , menarik segala bisa dari haiwan yg berbisa dan banyak lagi . Baginda akan memerintah bumi dengan keadilan selama 40 tahun .

Pada umur ke 1459 tahun @ 1446 Hijriah : Dajjal Muncul dari segitiga Bermuda bersama kelengkapan perangnya seperti UFO di dlm keadaan marah kepada Imam Mahdi r.a yg memusnahkan semua bonekanya . Tentera Dajjal terdiri drp jin dan manusia serta syaitan . Bermulalah masa-masa sukar bagi ummat manusia.
Pada umur yg ke 1458 tahun @ 1445 Hijriah : Berlakunya perang di antara Imam Mahdi r.a beserta kaum muslimin dengan TURKI /Istanbul . Sebenarnya tidak lah berlaku perang dlm erti kata yg sebenar kerana Kota Istanbul itu dibuka dengan Tahlil . Perang Kaum Muslimin dengan Turki adalah sebagai lambang perang menentang SEKULARISME .

Pada umur yg ke 1455 tahun @ 1442 Hijriah : Pada tahun ini berlaku perang yg dinantikan dan diwar-warkan oleh bangsa ROM /Kaum Nasrani iaitu perang Armageddon . Perang ini juga dikenali sebagai perang dunia yg ke 3 ,perang nuklear yg menyebabkan bumi tidak mengeluarkan tumbuh-tumbuhannya dan air hujan tidak turun selama 3 tahun .

Pada umur yg ke 1454 tahun @ 1441 : Imam Mahdi r.a beserta pengikutnya dikalangan kaum muslimin memerangi Arab Saudi , kemudian Iran . Imam Mahdi r.a memerangi Arab Saudi adalah sebagai lambang memerangi Fahaman Wahabi dan Imam Mahdi r.a memerangi Iran sebagai lambang memerangi Syiah .

Pada umur yg ke 14… tahun @ 14…. : Pemuda Bani Tamim mula mencetuskan perkara yg tidak tersangka sehingga tersedianya tapak pemerintahan untuk Imam Mahdi r.a . Pada masa itu juga orang Islam yg bersama bani Tamim itu dikenali sebagai Golongan Al Mansur dan pembawa panji – panji Hitam dari timur .
Sekarang tahun 1430 Hijriah bersamaan 2009 Masihi iaitu lebih kurang 11 tahun Qomariah atau 10 tahun lebih (Masihi )dari sekarang …… Bilangan tahun Qomariah berbeza dengan bilangan tahun Masihiah . Perbezaan dalam setahun iaitu sebanyak lebih kurang 12 hari kerana bulan Qomariah hanya ada 29 dan 30 hari sahaja berbanding bulan Masihiah iaitu 30 dan 31 hari . Bermakna kemunculan Imam Mahdi r.a. di antara tahun 2012 hingga tahun 2020/23 .( perkara ini yg saya telah tuliskan sebelum ini).

Saya bukannya ingin menakut-nakutkan para pembaca ,sekiranya anda seorang pelajar maka teruskanlah dengan pelajaran anda itu ,sekiranya anda seorang yg sudah bekerja maka teruskanlah pekerjaan anda itu . Seluruh hidup manusia itu adalah ibadah jika kena caranya .

Tarikh-tarikh yg saya tuliskan di atas itu tidak semestinya betul dan tepat ,semua ini adalah berdasarkan kajian saya yg tidak seberapa . Seperti kajian kaji cuaca mengatakan esok akan hujan , tiba-tiba pada hari kejadiannya ,tidak terjadi seperti yg di ramalkan ,cuaca hari itu cerah dan panas.

Kajian saya ini sedia menerima kritikan yg membina demi untuk memartabatkan kebenaran ,saya berpendapat mengapa kita takut untuk mengkaji perkara ini ,padahal ini adalah masa depan kita . Mengapa kita tidak merasa bersalah sekiranya kita mengatakan soalan ini dan itu akan keluar semasa peperiksaan . Dan mengapa kita rasa takut sekiranya kita cuba mengkaji hadis AKHIR ZAMAN .

Petikan sumber : blabla.net