No 1 – The Door To Hell – Uzbekistan

Lubang yang dikenali dengan “The Door To Hell” mempunyai bentuk yang seakan-akan seperti lubang yang menghubungkan terus dengan perut bumi. Lubang terletak berdekatan dengan kota kecil Darvaz Uzbekistan ini diselimuti oleh api yang menyala secara berterusan tanpa henti. Dikatakan kononnya ia sudah menyala sejak 35 tahun yang lalu.

Ada sesetengah pendapat menyatakan lubang ini wujud disebabkan keajaiban alam. Namun ada juga berpendapat ia terjadi disebabkan hentaman meteor berskala besar. Ada juga yang mengatakan akibat dari kecelakaan disebabkan proses pendedahan gas asli pada tahun 1986 yang menimbulkan ledakan besar pada lubang tersebut.





 

No 2 – Kimberley Hole – Afrika Selatan

Lubang besar yang dikenali sebagai Kimberley Hole ini terletak di Afrika Selatan mempunyai kedalaman setinggi 1.079 meter dan garis tengah lubang sepanjang 463 meter. Lubang ini merupakan hasil daripada cari gali manusia pada tahun 1966 hinga 1914, kemudian ditutup oleh kerajaan. Sebanyak 50,000 penggali telah menggali lubang ini dan menghasilkan lebih daripada 3 tan berlian. Jumlah tanah yang dibuang hasil dari penggalian ini kira-kira sekitar 22,5 juta tan tanah.

 

No 3 – Glory Hole, Monticello Dam, California
Lubang ini merupakan injap terbesar di dunia. Lubang ini digunakan untuk mengurangkan jumlah isipadu air apabila air sudah melebihi kapasiti yang ditetapkan. Daripada ukuran ini berkemungkinan sebanyak 14,400 padu air disalirkan setiap saat. Lokasi lubang ini berada di Empangan Monticello di California, Amerika Syarikat.

 

 

No 4 – Bingham Canyon Mine – Utah
Lubang ini juga dikorek oleh manusia untuk tujuan perlombongan. Kerja-kerja mengorek ini dimulakan pada tahun 1863 dan masih terus berjalan hingga sekarang. Pada saat ini ukuran lubang sudah pun mencapai kedalaman 1.2km dan lebarnya 4km.

 

 

No 5 – Great Blue Hole – Belize
Fenomena geografi yang luar biasa ini dikenali sebagai Blue Hole. Terletak 60 batu dari daratan Belize. Di dunia ini terdapat banyak blue hole akan tetapi tidak sama seperti lubang yang menakjubkan di Belize. Permukaan diameter di lubang ini sebesar 0.25 batu dengan kedalaman mencapai 145 meter. Lubang ini juga tidak pernah lengang dari kunjungan penyelam-penyelam.